Sunday, May 3, 2009

APAKAH KEHIDUPAN SEHARIAN KITA DALAM REDHA ALLAH???

"Bagaimana wudhu' zahir dan batin?" cuba praktik kan
Message:
----------------------------------
Original message from naim hussin lee:
> Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
> solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
> dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
> demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
> Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
> dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
> Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
> Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
> Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
> Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
> * Bertaubat
> * Menyesali dosa yang telah dilakukan
> * Tidak tergila-gilakan dunia
> * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
> * Tinggalkan sifat berbangga
> * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
> * Meninggalkan sifat dengki.
> Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
> Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
> 1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
> 2.Syurga di sebelah kananku,
> 3.Neraka di sebelah kiriku,
> 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
> 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
> menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
> kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik"
> "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
> rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
> pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
> selama 30 tahun."
> Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
> yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.